WAGS BIO menggalakkan pertanian regeneratif, lestari dan menguntungkan
WAGS BIO adalah satu pendekatan sistematik bagi menyokong pengeluar hasil pertanian untuk mengamalkan pertanian bebas kimia dan amalan pertanian regeneratif.
Ahli skim kumpulan Wild Asia (WAGS) mempunyai peluang khusus untuk menyertai program WAGS BIO Wild Asia. Untuk menjadi pekebun WAGS BIO, pekebun perlu komited mengamalkan pertanian tanpa penggunaan racun perosak dan baja kimia, serta belajar dan mengaplikasikan pelbagai kaedah pertanian seperti pertanian organik, bio-dinamik dan regeneratif. Semua ini adalah langkah untuk beralih ke peringkat seterusnya iaitu pertanian lestari.
Contohnya, seorang pekebun WAGS BIO akan belajar membuat kompos dan enzim buah untuk menghasilkan tanah kaya dengan mikrob, juga menggunakan sisa kilang seperti tahi minyak sawit dan buah tandan kosong sebagai baja organik. Selain itu, mereka juga akan diperkenalkan dengan kebaikan kepelbagaian tanaman (polikultur) untuk meningkatkan biodiversiti.
Pertanian WAGS BIO pada asasnya adalah sistem penghasilan yang direka untuk memperbaiki bahan organik di dalam tanah (humus), mikrobiologi dan keadaan tanah, serta untuk meningkatkan pertumbuhan tanaman dan menghasilkan tuaian yang lebih baik bagi setiap 1 unit keluasan. Dengan kata lain, memulihkan dan memperbaiki kesuburan tanah akan menghasilkan pokok sawit yang lebih sihat,berdaya tahan terhadap perosak dan penyakit serta meningkatkan penghasilan tandan buah segar sawit (TBS).
Mengapa ‘BIO’ dalam kebun kelapa sawit
- Dengan tidak menggunakan racun perosak dan baja kimia, pekebun dapat memelihara kesuburan tanah dan boleh mengurangkan kos perbelanjaan.
- Pekebun yang mengamalkan pertanian regeneratif mampu meningkatkan keuntungan dan dapat menerapkan pengurusan tanah yang lestari. Kajian kes pada tahun 2019 menunjukkan bahawa keuntungan kasar bagi plot BIO adalah 30% lebih tinggi daripada plot konvensional.
- Kebun BIO WAGS menyediakan habitat semula jadi untuk kehidupan mikro dan meningkatkan kandungan karbon organik di dalam tanah. Pertanian polikultur sesuai dan berjaya diusahakan di pelbagai persekitaran sekali gus dapat meningkatkan pendapatan pekebun.
- Kemahiran kebun BIO boleh dipraktikkan di belakang rumah dan juga di kebun komuniti. Selain itu, ia juga mampu mengukuhkan jaminan makanan, memperbaiki kesihatan dan sumber nutrisi untuk pekebun serta keluarga mereka.
BIO farming vs Conventional oil palm farming
WAGS BIO | Conventional |
---|---|
|
|
|
|
|
|
Apa itu WAGS BIO
Temui Pekebun Kami
Bagaimana anda boleh menyokong WAGS BIO Regenerative Oil Palm
- Sokong usaha kira dan menjadi Rakan Kongsi SPIRAL
- Sertai kami sebagai petani ‘WAGS BIO’ – Hubungi Kami
Untuk butiran, hubungi kami.