Wild Asia | Palm Oil Initiative

Towards Traceable, Inclusive and Biodiverse Palm Oil

  • SPIRAL
    • About SPIRAL
    • SPIRAL Features
    • SPIRAL Study Tours
  • WAGS
    • WAGS for Small Producers
    • WAGS BIO Farms for Regenerative Oil Palm
    • WAGS Artisanal Biochar
    • WAGS Features & Media
  • Tech Support
    • High Conservation Values & Biodiversity
    • Biodiversity Insight Guides
    • Biodiversity Training Workshops
    • Wild Asia Academy
    • Past Oil Palm Assignments
    • Latest Training Events
  • Resources
    • In The News
    • SPIRAL Features
    • WAGS Features & Media
    • Latest Posts
  • Contact
  • Wild Asia
    • Wild Asia Main Website
    • Our Team
    • Responsible Tourism Initiative
HomeWild Asia Group Scheme (WAGS) for Small ProducersWAGS BIO Farms – Our Practical Approach to Regenerative AgricultureKEBUN WAGS BIO – Pertanian Regeneratif Bebas Kimia

KEBUN WAGS BIO – Pertanian Regeneratif Bebas Kimia

 

WAGS BIO menggalakkan pertanian regeneratif, lestari dan menguntungkan

WAGS BIO adalah satu pendekatan sistematik bagi menyokong pengeluar hasil pertanian untuk mengamalkan pertanian bebas kimia dan amalan pertanian regeneratif.

Ahli skim kumpulan Wild Asia (WAGS) mempunyai peluang khusus untuk menyertai program WAGS BIO Wild Asia. Untuk menjadi pekebun WAGS BIO, pekebun perlu komited mengamalkan pertanian tanpa penggunaan racun perosak dan baja kimia, serta belajar dan mengaplikasikan pelbagai kaedah pertanian seperti pertanian organik, bio-dinamik dan regeneratif. Semua ini adalah langkah untuk beralih ke peringkat seterusnya iaitu pertanian lestari.

Contohnya, seorang pekebun WAGS BIO akan belajar membuat kompos dan enzim buah untuk menghasilkan tanah kaya dengan mikrob, juga menggunakan sisa kilang seperti tahi minyak sawit dan buah tandan kosong sebagai baja organik. Selain itu, mereka juga akan diperkenalkan dengan kebaikan kepelbagaian tanaman (polikultur) untuk meningkatkan biodiversiti.

Pertanian WAGS BIO pada asasnya adalah sistem penghasilan yang direka untuk memperbaiki bahan organik di dalam tanah (humus), mikrobiologi dan keadaan tanah, serta untuk meningkatkan pertumbuhan tanaman dan menghasilkan tuaian yang lebih baik bagi setiap 1 unit keluasan. Dengan kata lain, memulihkan dan memperbaiki kesuburan tanah akan menghasilkan pokok sawit yang lebih sihat,berdaya tahan terhadap perosak dan penyakit serta meningkatkan penghasilan tandan buah segar sawit (TBS).

Mengapa ‘BIO’ dalam kebun kelapa sawit

  • Dengan tidak menggunakan racun perosak dan baja kimia, pekebun dapat memelihara kesuburan tanah dan boleh mengurangkan kos perbelanjaan.
  • Pekebun yang mengamalkan pertanian regeneratif mampu meningkatkan keuntungan dan dapat menerapkan pengurusan tanah yang lestari. Kajian kes pada tahun 2019 menunjukkan bahawa keuntungan kasar bagi plot BIO adalah 30% lebih tinggi daripada plot konvensional.
  • Kebun BIO WAGS menyediakan habitat semula jadi untuk kehidupan mikro dan meningkatkan kandungan karbon organik di dalam tanah. Pertanian polikultur sesuai dan berjaya diusahakan di pelbagai persekitaran sekali gus dapat meningkatkan pendapatan pekebun.
  • Kemahiran kebun BIO boleh dipraktikkan di belakang rumah dan juga di kebun komuniti. Selain itu, ia juga mampu mengukuhkan jaminan makanan, memperbaiki kesihatan dan sumber nutrisi untuk pekebun serta keluarga mereka.

BIO farming vs Conventional oil palm farming 

WAGS BIO Conventional
  • Mematuhi Piawaian Pensijilan RSPO
  • Kebolehkesanan Tandan Buah Segar (TBS)
  • Mematuhi polisi ‘tiada penebangan hutan, tiada tanah gambut, tiada eksploitasi (NDPE)
  • Tiada
  • Mencantas rumpai/lalang secara manual dan tanpa menggunakan racun perosak
  • Menggunakan sungkupan dan hasil kompos sebagai pengganti baja kimia
  • Kebergantungan kepada racun perosak
  • Kebergantungan kepada baja kimia
  • Meningkatkan tanaman tutup bumi untuk memelihara tanah dan meningkatkan mikrob di dalam tanah.
  • Mengurangkan gangguan tanah untuk melindungi mikrob di dalam tanah
  • Tanaman tutup bumi yang kurang
  • Penggunaan jentera yang meluas dan pembersihan kawasan yang menyebabkan hakisan tanah.

Apa itu WAGS BIO

 

Temui Pekebun Kami

Bagaimana anda boleh menyokong WAGS BIO Regenerative Oil Palm

  • Sokong usaha kira dan menjadi Rakan Kongsi SPIRAL
  • Sertai kami sebagai petani ‘WAGS BIO’ – Hubungi Kami

Untuk butiran, hubungi kami.

 

Share on Facebook Share
Share on TwitterTweet
Share on Google Plus Share
Share on Pinterest Share
Share on LinkedIn Share
Send email Mail
Print Print
0
Total Shares

In this section

  • About SPIRAL "Small Producer Inclusivity and Resilience Alliance"
  • WAGS Trace for Mills and Dealers
  • Wild Asia Group Scheme (WAGS) for Small Producers
    • WAGS BIO Farms - Our Practical Approach to Regenerative Agriculture
      • KEBUN WAGS BIO - Pertanian Regeneratif Bebas Kimia
    • WAGS BIOchar for Smallholders - Climate-smart Agriculture
    • WAGS Features & Media
TwitterFacebookPinterestYoutube

Categories

Recent Posts

  • Wild Asia activities @ RSPO Annual RT Nov 2023
  • Wild Asia’s Sustainable Palm Oil Study Journeys 2023
  • Will the EU’s deforestation law keep forests standing?
  • Could EU Law to Save Rainforest Destroy Palm Oil Farmers?
  • Sime Darby Plantation, Intan Hebat Baru and Wild Asia Join Forces to Raise Palm Oil Small Producers’ Standards
View All Recent Posts

Tags

2016 bio Biodiversity Certification Support Communities FPIC HCV Insight Guide Series Lead Assessors Lead Auditors Partners Principles and Criteria RSPO Smallholders Social SPIRAL studytour Supply Chain Training WAGS Workers

Wild Asia | The Palm Oil Initiative

Creating Innovative Solutions, from the Ground Up

  • HOME
  • SPIRAL
  • WAGS
  • WAGS APP
  • TSP
  • ACADEMY

Copyright @ Wild Asia | Sign in